Penghasilan bunyi Lagu paus

Manusia menghasilkan bunyi dengan mengeluarkan udara melalui larynx. (vocal cord) dalam larynx terbuka dan tertutup apabila perlu bagi memisahkan aliran udara kepada kelompok udara yang jelas. Kelompok udara ini dibentuk oleh kerongkong, lidah, dan bibir membentuk bunyi yang diingini.

Penghasilan bunyi Cetacean jelas berbeza berbanding mekanisma ini. Menakisma sebenar berbeza dalam dua sub-famili cetaceans: the Odontoceti (paus bergigi—termasuk dolphins) dan Mystceti (paus baleens—termasuk paus terbesar, seperti paus Biru).

Penghasilan bunyi paus bergigi

Gambaran kepala lumba-lumba menunjukkan kawasan terbabit dalam penghasilan bunyi. Imej dilukis kembali berdasarkan Cranford (2000).

Paus bergigi tidak menghasilkan bunyi frekuensi rendah, panjang yang dikenali sebagai lagu paus. Sebaliknya mereka menghasilkan siulan dan klik berfrekuensi tinggi yang singkat dan cepat. Klik tunggal digunakan bagi echolocation sementara sekelompok klik dan siulan digunakan bagi berhubung. Sungguhpun sekumpulan pod lumba-lumba menghasilkan pelbagai bunyi bingit yang berbeza, sangat sedikit yang diketahui mengenai maksud bunyi tersebut. Frankell (1998) memetik seorang penyelidik menggambarkan mendengar bunyi tersebut seolah-olah mendengar bunyi kanak-kanak dipadang permainan.

Bunyi berganda dihasilkan dengan melalukan udara melalui struktur dalam kepala yang seumpama laluan hidung (nasal) manusia yang dikenali sebagai bibir fonik (phonic lips). Apabila udara melalui laluan sempit ini, selaput bibir fonik menguncup, menyebabkan tisu sekitarnya bergetar. Getaran ini boleh, sebagaimana laryny manusia, dikawal dengan sengaja dangan amat sensitif. Getaran ini melalui tisu di kepala kepada (melon), yang membentuk dan mengarah bunyi kepada pancaran bunyi bagi ekolokasi (echolocation). Setiap paus bergigi kecuali paus sperm mempunyai dua pasang bibir fonik dan dengan itu berupaya menghasilkan dua bunyi secara bebas. Setelah udara telah melalui bibir fonik, ia masuk karung vestibular. Di situ, udara boleh dikitar kembali kepada bahagian bawah kompleks hidung (nasal complex), sedia untuk digunakan bagi menghasilkan bunyi semula, atau dikeluarkan melalui liang sembur (blowhole).

Nama dalam bahasa Perancis bagi bibir fonik —museau de singe—terjemahan "bibir monyet," yang mana bibir fonik dikatakan menyerupainya. Analisis tengkorak paus baru denga n menggunakan imbasan computed axial dan tomografi komputer pancaran photon tunggal pada 2004 menunjukkan bahawa, sekurang-kurangnya dalam kes ikan lumba-lumba bottlenose, udara boleh dibekalkan kepada struktur hidung (nasal complex) oleh paru-paru melalui palatopharyngeal sphincter, membolehkan bunyi dihasilkan berterusan selagi ikan lumba-lumba mampu menahan nafas (Houser et al., 2004).

Penghasilan bunyi paus Baleen

Paus Baleen tidak mempunyai struktur bibir fonik. Sebaliknya, mereka mempunyai (larynx) yang kelihatannya memainkan peranan dalam penghasilan bunyi, tetapi tiada (vocal chords) dan pakar sains masih tidak pasti mekanisma sebenarnya. Proses ini bagaimanapun tidak serupa sepenuhnya dengan manusia kerana paus tidak perlu menghembus nafas bagi menghasilkan bunyi. Kemungkinannya mereka mengitar udara sekeliling badan bagi tujuan ini. Cranial sinuses mungkin digunakan bagi menghasilkan bunyi, tetapi sehingga kini, penyelidik masih lagi tidak pasti bagaimana ia dilakukan..